08 December 2011

Melawat Kilang Fishball Al-Shafeq

Al-Shafeq pengilang IKS bebola ikan bumiputera yang gigih meneruskan perusahannya bermula secara kecil-kecilan dengan mendapat bimbingan dari Jabatan Perikanan. Kini pengeluarannya mula berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi dari pasar-pasar dan peruncit.
Kelebihan Fishball Al-Shafeq dibuat dari isi ikan segar yang belum diadun. Resipi pengadunannya dibuat sendiri bagi memastikan semua bahan-bahan resipinya halal.
Ini adalah merupakan proses pengacuan bebola ikan setelah resipi adunan dibuat. Kualiti fishball sentiasa dijaga dalam proses ini dan seterisnya ia akan direbus dan dipeketkan.

23 April 2009

25/03/09 - Lawatan ke Pulau Pinang

Alhamdulillah, lawatan kami ke Pameran Bioteknologi Perikanan di Batu Maung Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Selangor serta lawatan-lawatan ke perusahan usahawan tempatan telah berjaya dilaksanakan pada 25-27hb Mac 2009.


[ALBUM]Yang menyertai:
1. Pn Thalasilah - Pengaran Jabatan Perikanan Selangor
2. Cik Shila - Pegawai Jabatan Perikanan Selangor
3. En Wan Yusof - SOFTA
4. En Nordin - Keropok Dunia
5. En Wan Wahab - IDAWAN
6. En zairul - ZNR Frozen Food
7. En Rosli - Rezki Berkat
8. En Azhari - Jari-Jari Enterprise
9. En Khairi - D'Khasha


Majlis Perasmian Penyelidikan Pembangunan Produk Perikanan dan Bioteknologi di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Dato' Junaidi bin Che Ayub.


Pameran ini disertai oleh beberapa Universiti tempatan mempamirkan penyelidikan bio-perikanan masing-masing termasuk:
- penghasilan kelongsong sosej dari tulang ikan tempatan serta mesin pembuat sosej comersil yang bernilai RM2.5 juta.
- Penghasilan "Sata Moden" kering yang boleh tahan lama dan terus makan.
- Penghasilan tepung isi ikan dll.
Sila rujuk album untuk gambaran sepenuhnya.

Disamping melawat pameran, jadual telah diatur oleh Jabatan Perikanan Selangor untuk melawat beberapa tempat perniagaan usahawan Pulau Pinang:

- Lawatan ke Pulau Betong, Balik Pulau - Pemprosesan Belacan Nurul Saadah
- Lawatan ke Kg Masjid, Bukit Mertajam - Perniagaan Nor, Pemprosesan fishball & fishcake.
- Lawatan ke KPSP Tanjung Berembang - Penetasan Udang Galah.


2. Lawatan ke Pulau Betong, Balik Pulau - Melawat usahawan Nurul Saadah (Memperoses Belacan)

Pemerosesan belacan Pn Nurul amat bermutu tinggi dan telah mendapat tarikan dari pasaran
tempatan. Bagi memastikan qualiti belacan ini ia dikeringkan menggunakan oven yang telah disumbangkan Jabatan Perikanan P.Pinang dan bukan secara jemuran. Ia telah ditingkatkan lagi dengan pembungkusan dalam kotak yang lebih komersial.
3. Lawatan ke Kg Masjid, Bukit Mertajam - Melawat usahawan Perniagaan Nor (Memproses Fishball & Fishcake)
Semasa lawatan ini kilang Hj Zainal yang memperoses fishball jenama "NOR" tidak beroperasi. Ini merupakan salah satu usahawan fishball bumiputera yang terbesar dan lengkap dengan peralatan moden seperti Bowl cutter bersais 40kg dan 120kg.
Klik gambar untuk peralatan lengkap kilang ini sebagai panduan.


4. Lawatan ke KPSP Tanjung Berembang - Melawat usahawan Penetasan Udang Galah.Penternakan benih udang galah dapat dihasilkan 50,000 ekor bagi setiap sangkar yang bernilai RM0.50 seekor bagi pemeliharaan selama 45 hari untuk membesar sepanjang 1.5 cm. Benih udang ini pada awalnya memerlukan air masin berukuran 20ppt dan secara berperingkat kemasinan air di kurangkan sehingga boleh dipindahkan kedalam kolam air tawar.

Lawatan ini telah dapat menjana semangat kami serta memberikan pendedahan kepada banyaknya peluang yang boleh di ceburi dan dapat memehami masalah yang dihadapi oleh usahawan-usahawan tersebut untuk dijadikan ikhtibar.

SOFTA OCEAN FOODS INDUSRTIES SDN BHD

SOFTA adalah pengilang produk makanan berasaskan ikan seperti Keropok Lekor, Otak-otak dan juga Sata yang telah berkembang di sekitar Lembah Klang sejak 1988...,

Diusahakan oleh Wan Mohd Yusof bin Wan Musa yang kini boleh berbangga setelah berjaya merempuhi segala cabaran yang kerap menggagalkan usahawan Bumiputera dan sekarang merupakan salah seorang Usahawan dari program "Anak angkat" Jabatan Perikanan Malaysia yang cemerlang..

Pertanyaan Website

INDUSTRI KEROPOK DUNIA - NOBA

Nordin bin Hashim seorang lagi usahawan IKS Bumiputra yang berjaya.

Pengeluar keropok keping dan keropok lekor bertaraf SME. Kami membekalkan produk kami secara pukal. Walaubagaimanapun, kami juga melayani pembelian secara individu. Sila hubungi kami untuk pertanyaan atau tempahan. INDUSTRI KEROPOK DUNIA...suci dan lazat.

Pada peringkat permulaan, Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan di tepi jalan dan dibawah pokok. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli, penjualan keropok lekor ini mula memasuki pasaran di pasar-pasar malam sekitar petaling jaya dan kuala Lumpur. Setelah hampir 10 tahun memperoleh keyakinan dalam pasaran yang menggalakkan dan dengan bermodalkan wang simpanan sebanyak RM 100,000.00 inisiatif telah diambil bagi pembangunkan perusahaan keropok lekor bertempat di premis bangunan yang disewa di kawasan industri MARA Shah Alam.

Pertanyaan Website

Hikmah Food Specialities Sdn Bhd

Syed Abdullah Buktikan Orang Melayu Juga Boleh Buat Yong Tau Foo



DIJAMIN HALAL... Syed Abdullah menunjukkan bebola ikan yang dikeluarkan syarikatnya di Batu Caves baru-baru ini. Dengan dua rakan kongsi, 40 pekerja dan sebuah cawangan di Subang, syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari.

"Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya.

"Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka.

Pada setiap bungkusan besar bebola ikan, ketam dan sotong, bendi dan cili yang disumbat surimi, wantan dan fucuk, karipap ikan dan jejari ikan hinggalah kepada serbuk supnya, kuah kicap manis, kuah cili, dan bawang goreng, bijan dan kacang tumbuk, tertulis nama destinasi bungkusan itu akan dihantar - sebuah hotel ternama di Jalan Ampang.

Berita seterusnya..

Foto: Bernama Oleh Rohana Mustaffa

Pertanyaan

Newtech Aquaculture Sdn Bhd

Newtech Aquaculture Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 8hb Januari 2007 dan kilang
pemperosesan terletak di No. 31, Jalan 3/3, Bandar Tasik Kesuma, 43700
Beranang, Selangor.


Gambar: Lawatan Pak Lah ke ONE
NEWTECH pada Nov 08.

Mulai 24hb Disember 2008 ianya telah diubah kepada ONE NEWTECH shj.
Teknik penyalaian menggunakan teknologi baru berkonsepkan ketuhar (oven).
Ianya adalah biayaan Jabatan Perikanan di bawah sekim anak angkat mulai 10hb
April 2007. Pada peringkat awalnya operasi ditumpukan kepada R & D untuk
mendapatkan teknik penyalaian ikan yang tepat. Kemudiannya diikuti dengan
ujian produk untuk mempastikan kualiti ikan yang disalai sentiasa tinggi dan
konsisten.

Pada 1hb Januari 2008, produk mula dikeluar dan dipasarkan secara komersial
dengan jenama "Newtech". Taglinenya berbunyi: Aromanya Membuka
Selera Anda. Buat masa ini keli organik salai "Newtech" di
pasarkan melalui pasar tani, pasar malam, pasar segar dan di kedai makan
serta runcit.

Pertanyaan Website

23/02/09 - Mesyuarat Pertama AJK Penaja PAUS

Mesyuarat pertama AJK Penaja
diadakan bagi membincangkan rangka Undang-undang Persatuan PAUS untuk
didaftarkan.



Keputusan mesyuarat:

1. Mengekalkan nama persatuan "PAUS" (Persatuan Usahawan Bimbingan
Perikanan Selangor)

2. Merangka undang-undang pertubuhan.

3. Draf undang-undang akan disediakan oleh Pengerusi mengikut kerangka yang
dipersetujui dan akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang pada Rabu
11/03/09 jam 9.30 pagi untuk didaftarkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.