23 April 2009

Hikmah Food Specialities Sdn Bhd

Syed Abdullah Buktikan Orang Melayu Juga Boleh Buat Yong Tau Foo



DIJAMIN HALAL... Syed Abdullah menunjukkan bebola ikan yang dikeluarkan syarikatnya di Batu Caves baru-baru ini. Dengan dua rakan kongsi, 40 pekerja dan sebuah cawangan di Subang, syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari.

"Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya.

"Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka.

Pada setiap bungkusan besar bebola ikan, ketam dan sotong, bendi dan cili yang disumbat surimi, wantan dan fucuk, karipap ikan dan jejari ikan hinggalah kepada serbuk supnya, kuah kicap manis, kuah cili, dan bawang goreng, bijan dan kacang tumbuk, tertulis nama destinasi bungkusan itu akan dihantar - sebuah hotel ternama di Jalan Ampang.

Berita seterusnya..

Foto: Bernama Oleh Rohana Mustaffa

Pertanyaan

No comments:

Post a Comment